awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis

Bernama
Bernama
28/01/2025
04:00 MYT
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suspek itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira pukul 3 petang Isnin.- Gambar hiasan/Adobe Stock Image
SEGAMAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Menurut sumber, suspek lelaki yang berumur 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira pukul 3 petang.
Difahamkan, suspek telah ditahan anggota polis ketika pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama empat rakan lain dan semakan kad pengenalan kesemua individu itu mendapati mereka mempunyai rekod lampau dadah serta jenayah.
"Pemeriksaan lanjut dibuat terhadap badan dan kenderaan yang dinaiki menjumpai pelbagai jenis dadah dan alatan yang disyaki untuk jenayah pecah rumah.
"Semasa proses tangkapan, suspek telah menyogok anggota polis dan memberikan wang rasuah sebanyak RM18,500 dan meminta untuk tidak ditangkap," kata sumber itu hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuba rasuah polis
#Lelaki ditahan
#SPRM
#Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan