NATIONAL
Lelaki Nigeria gigit telinga koperal hingga putus direman empat hari

Suspek berusia 38 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus sebahagian direman empat hari bermula Sabtu untuk siasatan lanjut.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus sebahagian direman empat hari untuk siasatan lanjut.
- Suspek berusia 38 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Anggota polis terbabit kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Dalam kejadian pada jam 10.03 pagi Jumaat lalu, anggota polis berpangkat koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas lelaki terbabit ditahan kerana membuat kekecohan di sebuah klinik di Jalan Kepong, Metro Prima, Sentul.
Namun, ketika cuba dimasukkan ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) dalam keadaan bergari, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan menggigit telinga kiri anggota berkenaan hingga terputus sebahagian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami