Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Lelaki OKU ditemukan lemas dalam parit depan sekolah

Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.
Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.

Advertisement

SHAH ALAM: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di parit hadapan sebuah sekolah di Pekan Simpang 5 di Sabak Bernam pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.29 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun yang juga pemegang kad OKU intelektual ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam di parit berkenaan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Md Yusof menjelaskan, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambah beliau. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement