awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU ditemukan mati dalam bilik

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
04:30 MYT
Lelaki OKU ditemukan mati dalam bilik
Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah kekurangan oksigen di otak. - Gambar hiasan
KUALA KRAI: Seorang lelaki ditemukan mati dalam kejadian di Kampung Baru Pahi, di sini pada Selasa.
Mangsa yang berusia 48 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, ibu mangsa memaklumkan pada waktu pagi hari kejadian, lelaki berkenaan ada keluar dari bilik untuk sarapan dan masuk semula ke dalam biliknya.
"Sehinggalah pada jam lebih kurang 2.15 petang, ibu mangsa masuk ke bilik mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Ibu mangsa terus memaklumkan kepada jiran untuk memohon bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, hasil bedah siasat telah dilakukan ke atas mangsa oleh Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra dan mendapati punca kematian adalah kekurangan oksigen di otak.
Ujarnya, kes disiasat sebagai mati mengejut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#OKU
#meninggal dunia
#Kamarulzaman Harun
#kekurangan oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan