awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Orang Asli maut jatuh pokok kelapa

Sinar Harian
Sinar Harian
09/10/2023
00:30 MYT
Lelaki Orang Asli maut jatuh pokok kelapa
Lokasi penemuan mayat mangsa di kawasan perumahan Jalan Benus di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
BENTONG: Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai terjatuh dari pokok kelapa sebelum mayatnya ditemui dalam longkang berhampiran di kawasan perumahan Jalan Benus di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Jeka Gedeng, 36, dilaporkan kepada polis kira-kira jam 8.55 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tempat tinggi berkemungkinan telah memanjat sebatang pokok kelapa yang berada di sebelah longkang tersebut.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.
"Punca kematian disebabkan pendarahan di dalam perut," katanya.
Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih dan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#terjatuh dari pokok kelapa
#meninggal dunia
#Jeka Gedeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan