awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki paksa anak saudara buat seks oral dihukum penjara dan sebat

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2018
09:12 MYT
Lelaki paksa anak saudara buat seks oral dihukum penjara dan sebat
Hukuman turut mengambil kira perbuatan dilakukan itu membabitkan kesalahan serius terhadap anak saudara sendiri. - Gambar hiasan
Akibat memaksa anak saudaranya berusia tujuh tahun melakukan seks oral, seorang penganggur menerima hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, hari ini.
Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan hukuman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Disember lalu.
Tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa dengan tujuan seksual di sebuah rumah di Taman Aman Perwira, dekat Kuala Ketil, pada jam 10 malam 15 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.
Bagi dakwaan mengikut Seksyen 16 akta sama juga, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Savinder dalam pendakwaannya memohon mahkamah memberi hukuman maksimum kepada tertuduh kerana kekerasan digunakannya dalam memaksa mangsa melakukan perbuatan tersebut.
Selain itu, hukuman berat dipohon pihaknya juga dengan mengambil kira perbuatan dilakukan itu membabitkan kesalahan serius terhadap anak saudara sendiri.
Topic Berkaitan
#keganasan
#mahkamah
#penjara
#sebat
#seks oral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan