awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah dibelasah selepas terlibat kemalangan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
30/11/2020
14:01 MYT
Lelaki parah dibelasah selepas terlibat kemalangan
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
KUALA LUMPUR :Seorang lelaki cedera parah pada kepala selepas terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat kemalangan kecil di Jalan Telawi 3, Bangsar tengah malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 33 tahun dicederakan menggunakan objek keras sehingga menyebabkan kepalanya berlumuran darah.
"Berdasarkan siasatan awal termasuk keterangan saksi dan rakan mangsa, kita percaya mangsa telah terbabit dalam perselisihan faham dengan dua lelaki selepas keretanya terlanggar kenderaan mereka.
"Mangsa bersama dua rakannya kemudian bergaduh dengan suspek terbabit menyebabkan dia mengalami kecederaan pada kepala.
"Dia kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Katanya, polis juga mendapati cermin hadapan kereta mangsa dipecahkan oleh suspek.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Bangsar
#jalan telawi
#pergaduhan
#kemalangan kecil
#Perselisihan Faham
#polis
#Brickfields
#Asisten Komisioner Anuar Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan