awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/05/2025
08:30 MYT
Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Mohd Fairus memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.15 pagi Sabtu daripada seorang wanita yang memaklumkan teman lelakinya diserang di kediaman mereka. - Foto IPD Subang Jaya
SUBANG JAYA: Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di Pangsapuri Puchong Intan, Taman Puchong Intan, di sini, pagi Sabtu.
Mangsa yang berusia 47 tahun cedera di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan kini dilaporkan stabil.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.15 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan teman lelakinya diserang di kediaman mereka.
"Bekas suami wanita terbabit datang bersama dua rakannya ke lokasi sebelum memukul dan menetak mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai pisau serta batang besi.
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga serta perasaan cemburu," katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.
Menurut Mohd Fairus, ketiga-tiga suspek sudah dikenal pasti sebagai lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an
"Kita masih lagi memburu mereka," ujarnya lagi.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau pegawai penyiasat, Inspektor G Dinesh di talian 011-3309 4457 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Tetak
#cedera parah
#Subang Jaya
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan