awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul polis dihantar ke Tanjung Rambutan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/08/2020
05:24 MYT
Lelaki pukul polis dihantar ke Tanjung Rambutan
Khairul Khairi, 42, diperintahkan menjalani ujian dan pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 kanun tata acara jenayah selama sebulan berkuatkuasa hari ini. - Gambar Astro AWANI
Mahkamah Majistret Kulim hari ini menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki supaya menjalani rawatan di Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan di Ipoh selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis pada 20 Julai lalu.
Hakim, Musyiri Peet memerintahkan tertuduh Khairul Khairi, 42, menjalani ujian dan pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 kanun tata acara jenayah selama sebulan berkuatkuasa hari ini.
Mengikut fakta kejadian, pada pukul 10 pagi 20 Julai, tertuduh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk membuat laporan berkaitan isterinya tidak pulang ke rumah sejak 12 Julai lalu.
Sejurus menerima laporan itu, anggota polis yang bertugas di kaunter membuat semakan sebelum mendapati tertuduh merupakan orang yang dikehendaki.
Tertuduh dikehendaki oleh polis berhubung kes ugutan yang dilaporkan oleh isterinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada 12 Julai lalu.
Menerusi laporan berkenaan, isteri tertuduh diugut oleh suspek akan mencederakannya dengan sebilah kapak.
Tertuduh kemudian cuba melarikan diri namun dihalang anggota yang berada di balai pengawal di perkarangan balai berkenaan menyebabkan kekecohan sehingga tercetus pergelutan.
Ketika pergelutan berlaku, tertuduh mengeluarkan sebilah pisau lipat dari dalam poketnya menyebabkan anggota polis terbabit cedera terkena tiga torehan di kepala dan badan.
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#lelaki pukul polis
#sebilah pisau lipat
#Tanjung Rambutan
#torehan di kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan