awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki putus kepala kereta rempuh lori diparkir tepi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2025
23:50 MYT
Lelaki putus kepala kereta rempuh lori diparkir tepi jalan
Seorang lelaki maut sementara seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Taib Andak, Kulai pada Sabtu. - Foto BBP Kulai/Sinar Harian
KULAI: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya putus daripada badan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Felda Taib Andak berhampiran Taman Permata, di sini pada Sabtu malam.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II (KUP), Mohd Firdaus Juritah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.36 malam.
Katanya, sebaik menerima panggilan, satu jentera fire rescue tender (FRT) dan satu unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh enam kilometer.
“Setibanya anggota bomba di lokasi pada jam 10.43 malam, didapati kemalangan berlaku antara sebuah kereta jenis Honda City dengan sebuah lori lima tan jenis Hino yang diparkir di tepi jalan.
“Pemandu kereta cedera tetapi tidak tersepit, dan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi.
“Bagaimanapun, penumpang di tempat duduk hadapan kereta terbabit maut dengan kepalanya terputus daripada badan ketika ditemui,” katanya.
Tambah Mohd Firdaus, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi berjaya dikawal pada jam 11.10 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 malam,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan kereta dan lori
#lelaki putus kepala
#Kulai
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan