awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rempuh anggota JPJ miliki lapan rekod lampau

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/09/2023
11:51 MYT
Lelaki rempuh anggota JPJ miliki lapan rekod lampau
Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalannya telah tamat tempoh. - Foto ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad mempunyai lapan rekod lampau melibatkan kes dadah dan jenayah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, JPJ sedang melakukan sekatan jalan raya sebelum suspek, seorang pengawal keselamatan bertindak memecut laju sehingga melanggar anggota penguat kuasa terbabit.
Menurutnya, akibat pelanggaran itu anggota berkenaan mengalami kecederaan di kepala, bibir dan luka di bahagian anggota badan.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan lanjut namun kemudian dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Sehubungan itu, Aidi Sham memberitahu, polis bertindak menahan suspek berusia 25 tahun untuk disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.
"Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalannya telah tamat tempoh," ujarnya lagi.
Sebelum ini tular beberapa video yang memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Sekatan Jalan Raya
#dilanggar
#penunggang motosikal
#pegawai JPJ terpelanting
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan