awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan

Bernama
Bernama
16/03/2017
12:50 MYT
Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan
Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis hiburan yang bersambung dengan rumah pekerja di Kampung Gambaron II Telupid, di sini awal pagi ini. -Gambar hiasan
Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis hiburan yang bersambung dengan rumah pekerja di Kampung Gambaron II Telupid, di sini awal pagi ini.
Mayat mangsa, Edmund Teddy, 18, ditemui di lantai tingkat bawah premis berkenaan manakala pelanggan dan pekerja yang berada di pusat hiburan itu dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata mangsa bukan pekerja di pusat hiburan itu dan dikatakan menumpang tidur di sebuah bilik rakannya di rumah pekerja berkenaan.
Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran bermula di dapur rumah pekerja yang bersambung dengan pusat hiburan itu.
"Oleh kerana premis itu diperbuat daripada papan sepenuhnya, api merebak dengan cepat dan membakar keseluruhan bangunan tersebut," katanya di sini hari ini.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.
Beliau berkata punca kebakaran belum dapat dipastikan dan siasatan masih diteruskan.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.11 pagi.
Disebabkan lokasi kejadian sejauh 101 kilometer, anggota bomba tiba pada pukul 3.32 pagi dan api dapat dikawal 15 minit kemudian, tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Edmund Teddy
#Gambaron
#kebakaran
#Shivanathan Velautham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan