awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Rohingya tak mengaku amang seksual anak saudara

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2023
10:40 MYT
Lelaki Rohingya tak mengaku amang seksual anak saudara
Tertuduh berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki etnik Rohingya menangis selepas Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonannya untuk diberikan jaminan atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya, 2 November lalu.
Tertuduh berusia 21 tahun sebelum itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan yang merupakan anak saudaranya berusia lima tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada 2 November lalu kira-kira jam 12 sehingga 12.10 tengah hari di Taman Jujur, Sikamat di sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.
Sabit kesalahan, boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung memohon tarikh baharu untuk mendapatkan laporan perubatan penuh mangsa dan tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Katanya, ia atas beberapa faktor antaranya tertuduh merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan kemungkinan dia tidak akan dapat dikesan sekiranya dibebaskan dengan jaminan.
"Mangsa juga berusia lima tahun dan tertuduh merupakan pakcik kepada mangsa serta tinggal di alamat sama," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul anak saudara
#Rohingya
#kes mahkamah
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan