awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rosakkan Jalur Gemilang ditahan

Bernama
Bernama
22/08/2022
21:30 MYT
Lelaki rosakkan Jalur Gemilang ditahan
Suspek dibawa ke Balai Polis Brickfields bagi tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan kesihatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki pada Ahad kerana merosakkan Jalur Gemilang yang digantung di Jalan Tun Sambanthan di sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam insiden pada 3 petang itu, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatakan terdapat seorang lelaki merosakkan Jalur Gemilang.
Beliau berkata apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis mendapati dua pegawai DBKL berada bersama dengan seorang lelaki tempatan yang dipercayai kurang siuman.
"Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Brickfields bagi tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan kesihatan dan dirujuk ke wad Psikiatri," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan seorang lelaki bertindak merosakkan Jalur Gemilang yang digantung di jejantas di Jalan Syed Putra.
Ini merupakan insiden kedua Jalur Gemilang yang digantung di kawasan awam dirosakkan kerana pada Khamis, seorang lelaki ditahan selepas dirakam menggunting Jalur Gemilang yang diletakkan di Jalan Ampang.
BACA: Lelaki gunting jalur gemilang ditahan polis
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#kes tular
#lelaki kurang siuman
#Jalan Syed Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan