awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rugi RM58,800 ditipu pelaburan di Telegram

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
18/05/2023
05:36 MYT
Lelaki rugi RM58,800 ditipu pelaburan di Telegram
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa telah terpedaya - Foto hiasan
SENTUL: Seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas menjadi mangsa kes penipuan dalam talian menggunakan aplikasi Telegram.
Mangsa warga tempatan membuat laporan polis setelah ditipu dalam urusan pelaburan melibatkan kerugian RM53,800.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan, pengadu berkenalan dengan seorang individu melalui aplikasi Telegram pada Mac lalu namun hanya berkomunikasi pada hujung April lalu.
"Ia selepas pengadu berminat dengan pelaburan yang ditawarkan iaitu Bitfine di mana pengadu mula merasa yakin setelah menerima pulangan sebanyak RM543.
"Hasil siasatan mendapati, pengadu membuat pembayaran lapan kali transaksi secara berperingkat sejak 27 April lalu ke dalam lima akaun bank berbeza.
"Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah.
Topic Berkaitan
#Bitline
#Telegram
#penipuan dalam talian
#rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan