awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki serang penceramah agama guna pisau, botol arak ditahan

Bernama
Bernama
14/11/2022
14:03 MYT
Lelaki serang penceramah agama guna pisau, botol arak ditahan
Siasatan mendapati lelaki berkenaan merupakan seorang penganggur dan merupakan seorang yang dikehendaki berkaitan kes dadah. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mabuk dan menyerang seorang penceramah agama di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, dekat sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 7.55 malam itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dipercayai di bawah pengaruh alkohol, meluru masuk ke dalam surau dan menyerang penceramah tersebut.
"Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memberikan ceramah selepas solat maghrib di surau berkenaan. Lelaki tersebut menyerang menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.
"Bagaimanapun, tindakan lelaki tu dapat ditahan oleh jemaah masjid lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fariz berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan dan tiada motif lain.
Menurut beliau, siasatan juga mendapati lelaki berkenaan merupakan seorang penganggur dan merupakan seorang yang dikehendaki berkaitan kes dadah.
"Saringan air kencing mendapati lelaki itu adalah negatif dan dia direman empat hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1958," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serang penceramah agama
#Johor
#Skudai
#mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan