MALAYSIA
Lelaki, teman wanita parah melecur dalam kebakaran di plaza tol

Supek dipercayai menarik mangsa keluar daripada sebuah bas pekerja sebelum menyimbah petrol ke badan mangsa dan dirinya sendiri. - Gambar/ Sinar Harian
KLUANG: Seorang lelaki dan teman wanitanya terpaksa ditidurkan akibat kecederaan parah melecur dipercayai disimbah petrol dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam di sini pada Rabu lepas.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai menyimbah petrol ke atas dirinya dan teman wanitanya sebelum menyalakan api, menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan terpaksa ditidurkan di hospital.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 5.46 pagi dan disedari oleh pemandu bas pekerja yang kemudian membuat laporan polis; seorang lelaki lain yang cuba membantu turut mengalami kecederaan melecur di tangan dan kaki.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pemandu bas pekerja yang kemudian membuat laporan polis kira-kira 6 pagi.
Beliau berkata suspek dan mangsa bersama seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang cuba membantu telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk menerima rawatan.
"Lelaki warga tempatan yang cuba membantu mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami