awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2022
21:30 MYT
Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun
Lelaki yang cedera selepas terjatuh ketika mandi air terjun di Air Terjun Rimba Kanching dibawa turun oleh anggota bomba. -Foto Sinar Harian
RAWANG: Tidak sampai beberapa jam selepas seorang individu terjatuh ketika mandi air di Air Terjun Rimba Kanching di sini, seorang lelaki turut mengalami nasib sama dalam kejadian petang Sabtu.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian pada jam 2.08 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.15 petang.
"Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang terjatuh ketika mandi di lokasi kejadian.
"Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Norazam berkata, mangsa diberikan rawatan awal dan dibawa turun.
"Mangsa kemudian dibawa menggunakan ambulans oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Sementara itu, dalam kejadian kira-kira jam 10.22 pagi, seorang lelaki warga Britain parah akibat terjatuh ketika mandi air di Air Terjun Rimba Kanching pada Sabtu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Air Terjun Rimba Kanching
#terjatuh ketika mandi air terjun
#Norazam Khamis
#Hospital Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan