awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terlibat pergaduhan Bangsar ditahan, suspek lain sedang diburu - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/03/2021
03:26 MYT
Lelaki terlibat pergaduhan Bangsar ditahan, suspek lain sedang diburu - Polis
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat pergaduhan sekumpulan individu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Telawi, Bangsar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan sekumpulan individu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Telawi, Bangsar awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan 11, Selayang Baru, Batu Caves, pada petang Sabtu.
"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1987.
"Seterusnya, suspek telah menunjukkan rumah-rumah individu yang terlibat dan kini diburu pihak polis.
"Namun kesemua mereka telah melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Anuar berkata usaha mengesan saki-baki individu terlibat dalam pergaduhan sehingga membawa maut itu masih giat dijalankan.
Pada Sabtu, media melaporkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.
BACA: Lelaki maut ditikam botol dalam pergaduhan di Bangsar
Anuar berkata motif kejadian dipercayai akibat dendam lama di antara mangsa dan suspek.
Jenayah | Lelaki maut dalam pergaduhan di Bangsar
Pihaknya telah mengenal pasti lima suspek dan usaha mengesan sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302/326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan cedera parah.
Topic Berkaitan
#pergaduhan kumpulan
#Anuar Omar
#dendam lama
#Pergaduhan Bangsar
#Selayang Baru
#maut ditikam serpihan botol
#Akta Dadah Berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan