KUCHING: Warga emas pemegang Malaysia Book of Record sebagai lelaki tertua dalam negara Seliman Bandang, 113 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Saratok, pada Sabtu.
Cucu Seliman, Michael Bandang memaklumkan datuknya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saratok sekitar jam 5 pagi tadi.
“Aki (Datuk) saya dimasukkan ke Hospital Saratok pada 10 Ogos lalu kerana dia demam kemudian dia tidak mahu makan, Aki tidak ada sakit lain,” katanya kepada Astro AWANI di sini, harI ini.
Tambah Michael, pemergian Aki satu kehilangan yang besar buat keluarga kerana mendiang sering menjadi tempat untuk mengadu selain suka memberi nasihat.
“Apa-apa yang kami buat sebelum ini, memang akan tanya dulu pendapatnya sebalum mana-mana keputusan dibuat, dia seorang yang suka memberi nasihat dan mengajar kami erti menghargai orang lain,” ujarnya lanjut.
Seliman yang dilahirkan pada 21 Mac 1910 itu sempat menyaksikan sendiri siri penjajahan Jepun dan pemerintahan kerajaan British di bawah naungan Rajah Putih kedua James Brooke.
Pada tahun yang sama juga sejarah perjalanan Sarawak dalam industri minyak dan gas bermula dengan pengoperasian telaga minyak pertama yang dikenali sebagai “Old Lady” di Miri pada 22 Disember 1910.
Jasad mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian di Rumah Panjang masyarakat Iban, Rumah Mulok, Klua Krian, Saratok selepas tempoh penghormatan akhir.
Mendiang meninggalkan dua orang anak, sembilan orang cucu dan 13 orang cicit sementara isterinya telah meninggal dunia pada tahun 1983.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Aug 19 2023
Seliman Bandang ketika meraikan ulang tahun kelahirannya ke -113 di Saratok bersama cucunya dengan memegang sijil Malaysia Book of Record sebagai lelaki tertua di Malaysia. - Foto Michael Bandang
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).