Seorang lelaki Thailand yang sedang menjalani tempoh kuarantin wajib selepas kembali dari Israel ditemui mati, dipercayai membunuh diri dengan terjun keluar dari bilik hotel "Alternative State Quarantine" (ASQ) di wilayah Chon Buri.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Mej Jen Kongcheep Tantrawanich berkata, lelaki berumur 39 tahun yang berasal dari wilayah Buriram di timur laut itu baru kembali ke Thailand pada hari Selasa dan terus memasuki hotel ASQ pada hari yang sama.
"Lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dia melompat keluar dari biliknya pada kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) Rabu," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Thailand merekodkan satu kes COVID-19 melibatkan seorang lelaki dari kaum India berumur 35 tahun di pusat kuarantin alternatif negara di Bangkok dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas.
Pusat Pentadbiran Keadaan COVID-19 Thailand (CCSA) dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu tiba di Thailand pada 8 Ogos dan disahkan positif dalam ujian kedua.
"Sejak 3 April lepas, seramai 87,200 individu dalam kalangan warga asing dan tempatan, telah memasuki Thailand dan menjalani kuarantin wajib. Sejumlah 467 disahkan positif COVID-19," menurutnya lagi.
Sehingga kini Thailand merekodkan 3,404 kes COVID-19 dengan 58 kematian. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai membunuh diri dengan terjun keluar dari bilik hotel. - Gambar hiasan
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Olahraga Para Dunia: Ammar Aiman bolot pingat gangsa
Ammar menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan 48.16s untuk menggondol pingat gangsa.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Lelaki Thai bunuh diri semasa jalani kuarantin
Seorang lelaki Thailand yang sedang menjalani tempoh kuarantin wajib selepas kembali dari Israel ditemui mati, dipercayai membunuh diri dengan terjun keluar dari bilik hotel.