awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tinggal bersendirian ditemui mati dalam bilik

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2022
22:20 MYT
Lelaki tinggal bersendirian ditemui mati dalam bilik
Seorang lelaki warga asing yang tinggal bersendirian ditemui mati di dalam sebuah bilik di kediamannya di Blok B, Zeta Park Residen, Jalan Taman Ibu Kota, Setapak di sini pada Sabtu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing yang tinggal bersendirian ditemui mati di dalam sebuah bilik di kediamannya di Blok B, Zeta Park Residen, Jalan Taman Ibu Kota, Setapak di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di residensi tersebut mendakwa terhidu bau busuk dari tingkat 10 blok berkenaan sekitar jam 1.32 petang.
"Peronda MPV Polis Setapak diarahkan ke lokasi kejadian. Pihak Polis bersama bomba telah berjaya memasuki rumah berkenaan.
"Didapati seorang lelaki warga asing berumur 50 tahun yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia dianggarkan lebih kurang seminggu di dalam bilik dan kematian disahkan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL),"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, unit forensik telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengesahkan tiada unsur-unsur jenayah membabitkan kematian tersebut.
Katanya, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke HKL untuk tindakan susulan.
"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan maklumat berkenaan melalui Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#tinggal bersendirian
#Zeta Park Residen
#Ashari Abu Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan