awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki, tunang parah dirempuh lori dalam nahas empat kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2022
22:15 MYT
Lelaki, tunang parah dirempuh lori dalam nahas empat kenderaan
Kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga bersama penumpang dipercayai ibu lelaki terbabit dalam perjalanan ke Kelantan dari Putrajaya. -Gambar hiasan
TAPAH: Seorang lelaki bersama tunangnya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 352.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sungkai, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 petang itu turut membabitkan dua lagi kenderaan lain masing-masing sebuah treler dan sebuah kereta jenis Peugeot.
Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga bersama penumpang dipercayai ibu lelaki terbabit dalam perjalanan ke Kelantan dari Putrajaya.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa telah dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah lori.
"Selepas pelanggaran itu, sebuah treler pula melanggar belakang lori berkenaan sebelum hilang kawalan dan melanggar kereta Peugeot.
"Sementara kereta Peugeot itu turut terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Wan Azharuddin berkata, kemalangan terbabit mengakibatkan pemandu kereta Proton Saga berusia 29 tahun bersama tunangnya cedera parah manakala seorang lagi penumpang turut cedera di kepala.
Menurutnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk menjalani rawatan manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan di tangan dan kepala.
Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Wan Azharuddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insektor P Prathiparaj di talian 014-6178095 untuk membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta dirempuh lori
#PLUS
#Wan Azharuddin Wan Ismail
#Kelantan dari Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan