awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tunjuk kemaluan dalam LRT telah dicekup

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2021
09:42 MYT
Lelaki tunjuk kemaluan dalam LRT telah dicekup
Menerusi laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya, lelaki tersebut yang bukan warganegara Malaysia ditahan pada Sabtu kira-kira jam 9.30 malam di Stesen LRT USJ 7, Subang Jaya.
SUBANG JAYA: Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluan dan beronani dalam sebuah LRT pada awal bulan ini.
Menerusi laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya, lelaki tersebut yang bukan warganegara Malaysia ditahan pada Sabtu kira-kira jam 9.30 malam di Stesen LRT USJ 7, Subang Jaya.
“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan dalam Facebook berkenaan.
Dalam pada itu, Prasarana menerusi satu kenyataan juga mengesahkan penangkapan lelaki tersebut.
Sumber Facebook POLIS DAERAH SUBANG JAYA
“Kami mengesahkan bahawa pada 25 April 2021 Pasukan Petugas Khas Polis Bantuan kami dengan kerjasama dan tindakan rapat oleh PDRM Cawangan Jenayah D11, menahan seorang penumpang lelaki di stesen LRT USJ 7.
“Penumpang adalah suspek utama dalam kejadian gangguan seksual yang berlaku di salah satu kereta api kami di laluan LRT Kelana Jaya pada 4 April 2021.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada IPD Subang Jaya dan PDRM Cawangan Jenayah D11 atas profesionalisme dan keprihatinan mereka yang tinggi dalam menangani kes ini,” menurut kenyataan itu.
Prasarana turut merakamkan ucapan penghargaan kepada penumpang dan media yang memberi perhatian kepada kes-kes tersebut.
Bahkan, syarikat tersebut turut menyenaraikan tiga langkah yang perlu dilakukan penumpang sekiranya berdepan insiden sama pada masa depan:
1. Catatkan nombor kereta api yang ditampal berhampiran pintu keluar.
2. Hubungi kami melalui mana-mana saluran media sosial kami atau segera berjumpa dengan Pegawai Transit atau Polis Bantuan di balai.
3. Kongsi perincian kejadian seperti nombor kereta api, tarikh, masa kejadian dan jenis gangguan.
Topic Berkaitan
#PDRM
#LRT
#Subang Jaya
#polis
#jenayah
#suspek
#prasarana
#siasatan
#lelaki
#tunjuk kemaluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan