awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tunjuk kemaluan dihukum penjara 5 bulan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/03/2023
07:44 MYT
Lelaki tunjuk kemaluan dihukum penjara 5 bulan
Ahmad Zuhairi (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Yan, hari ini. - Foto Astro AWANI
YAN: Padah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Yan, hari ini.
Hakim, Anis Suraya Ahmad, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Ahmad Zuhairi Ahmad Fadlah, 26, selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan.
Mahkamah menetapkan hukuman penjara selama lima bulan bermula dari tarikh dia ditangkap.
Dalam kejadian 5 Februari lalu dilaporkan seorang lelaki ditahan siasatan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjuk kemaluan pada dua wanita ketika menunggang motosikal di Batu 22, Jalan Teroi-Yan.
Dua wanita masing-masing berusia 27 dan 20 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang selepas selesai menghadiri kursus di Guar Cempedak.
Susulan itu mereka terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan mengenai insiden itu.
Topic Berkaitan
#tunjuk kemaluan
#lelaki dipenjara
#Yan
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan