awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning

Bernama
Bernama
17/03/2024
10:24 MYT
Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas hari ini selepas tujuh jam pencarian dilakukan di Tasik Kota Kemuning, Sesyen 13, di sini sejak tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.
"Mayat lelaki itu ditemukan kira-kira lima meter dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat lelaki itu dan dia disyaki warga asing kerana tidak mempunyai suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di bahu sebelah kiri.
Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada pada 12.57 tengah malam.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam berjaya menemukan mayat pada 8.20 pagi tadi pada kedalaman empat meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#tasik kota kemuning
#warga asing
#mabuk
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan