MALAYSIA
Lelaki warga asing maut dengan kesan kecederaan parah

Seramai 22 individu telah ditahan bagi membantu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada perut dan leher di kawasan tapak perumahan di Bandar Utama dekat sini.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Myanmar berusia sekitar 30 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan di perut dan leher di tapak perumahan Bandar Utama, dipercayai akibat pergaduhan dengan rakan sebiliknya yang melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.
- Polis telah menahan 22 individu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan semua pekerja warga asing di lokasi kejadian didapati tidak memiliki dokumen lengkap.
- Kejadian dilaporkan kepada polis pada jam 11.40 malam Ahad lalu dan siasatan awal menunjukkan mangsa dan suspek merupakan warga Myanmar yang tinggal bersama di tapak pembinaan tersebut.
"Selepas kejadian, rakan sebiliknya berusia lingkungan 50 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hanyan berkata setakat ini 22 individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kesemua pekerja warga asing di tapak perumahan yang sedang dalam pembinaan itu didapati tidak mempunyai dokumen lengkap," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami