awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing maut dihempap besi kren

Bernama
Bernama
29/12/2021
15:21 MYT
Lelaki warga asing maut dihempap besi kren
Seorang lelaki warga asing maut akibat dihempap sebatang tiang besi sebuah kren di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entrepreneurs Park di sini, pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing maut akibat dihempap sebatang tiang besi sebuah kren di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entrepreneurs Park di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa berusia 42 tahun itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Siasatan awal mendapati tiang besi berkenaan telah diturunkan ke tanah namun tidak stabil lalu menghempap mangsa," katanya dalam kenyataan.
Beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga asing
#maut dihempap besi kren
#tapak pembinaan
#Jalan Kuchai Maju
#Polis Daerah Brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan