awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas maut, motosikal dirempuh treler

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/01/2024
01:45 MYT
Lelaki warga emas maut, motosikal dirempuh treler
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling, tengah malam tadi.
BALING: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling, di sini, tengah malam tadi.
Mangsa, Hassim Ahmad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Kriss Modenas bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, Baling.
Beliau berkata, setiba di hadapan Simpang Tiga Jerai, di sini mangsa telah keluar dari simpang dari sebelah kiri untuk ke kanan jalan dengan secara mengejut.
“Sebuah lori treler ketika itu sedang bergerak dari Kota Bharu, Kelantan untuk menghantar barang ke Pulau Pinang tidak sempat brek lalu melanggar motosikal mangsa.
“Akibat pelanggaran itu motosikal mangsa diseret sejauh 10 meter dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shamsudin berkata, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan sementara mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#warga emas maut
#motosikal dirempuh treler
#Jalan Baru Kulim-Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan