awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa

Bernama
Bernama
17/04/2024
15:36 MYT
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13 Rumah Pangsa Kinta Height dekat sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat mangsa dijumpai seorang pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa tersebut dan polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.20 pagi.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas anggota badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan.
Abang Zainal berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
"Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya berhubung dengan pengawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444515," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut terjatuh
#rumah pangsa
#polis
#mati mengejut
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan