awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di rumah sewa

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2020
02:47 MYT
Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di rumah sewa
Ketika jentera bomba bersama anggota dari BBP Butterworth tiba, api sedang marak dengan bahagian atas rumah tersebut telah terbakar lebih 70 peratus. - Foto JBPM
Seorang warga emas ditemui rentung selepas sebuah rumah dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, di sini, terbakar pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa, Azali Saad, yang tidur di bilik atas rumah berkenaan, tidak sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran kira-kira jam 6.30 pagi itu.
"Berdasarkan maklumat awal daripada pihak bomba, kebakaran bermula dari sebuah bilik di bahagian atas dan seterusnya merebak ke keseluruhan rumah.
"Bahagian atas rumah tersebut diperbuat dari kayu dan api telah merebak dengan pantas. Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Noorzainy berkata, mangsa yang berusia 64 tahun itu menyewa sebuah bilik di situ sementara terdapat dua bilik lain didiami penyewa lain.
Mereka bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran berkenaan.
Mayat Azali dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Noorzainy berkata, dua penyewa lain iaitu seorang wanita dan anaknya, turut dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, ada di antara mereka yang mengalami kecederaan ringan akibat kebakaran tersebut.
Foto JBPM
Foto JBPM
Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, ketika jentera bersama anggota dari Balai Bomba Penyelamat Butterworth tiba, api sedang marak dengan bahagian atas rumah tersebut telah terbakar lebih 70 peratus.
Katanya, pihak bomba menjalankan operasi pemadaman supaya api tidak merebak ke rumah lain berdekatan.
Pihaknya dimaklumkan, terdapat seorang penghuni di sebuah bilik tingkat atas yang terperangkap semasa kebakaran.
"Pihak bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan, bersama dengan teknik pemadaman, yang dilakukan dengan kaedah 'offensive'.
"Pihak bomba menemui mangsa di dalam bilik, namun telah meninggal dunia," tambahnya.
Sebanyak sembilan buah jentera bersama 50 pegawai dan anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi pemadaman.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.15 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian.
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#operasi
#polis
#rumah
#Seberang Perai
#siasatan
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan