awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Niah

Bernama
Bernama
15/06/2024
00:30 MYT
Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Niah
Seorang warga emas lelaki ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang terbakar di jalan masuk ke sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Suai, Niah, lewat malam tadi. - Gambar bomba Sarawak
SIBU: Seorang warga emas lelaki ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang terbakar di jalan masuk ke sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Suai, Niah, kira-kira 90 kilometer dari bandar raya Miri di utara Sarawak lewat malam tadi (Jumaat).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Chen Kian Seong, 63, dari Bandar Baru Permyjaya, Miri.
Menurutnya panggilan kecemasan diterima pada 11.05 malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah digerakkan ke lokasi.
"Kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback telah terbakar 100 peratus dan api telah padam sepenuhnya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Setelah melakukan pemeriksaan terdapat seorang mangsa rentung di tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tiada operasi pemadaman dilakukan dan anggota bomba dan penyelamat hanya membantu mengeluarkan mayat mangsa rentung berkenaan daripada kenderaan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas rentung
#kebakaran kereta
#Suai Niah
#bomba Batu Niah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan