awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga India didakwa rogol dan bunuh warga emas

Bernama
Bernama
20/08/2021
10:27 MYT
Lelaki warga India didakwa rogol dan bunuh warga emas
P. Ponloganadhan dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan membunuh dan merogol Chua Shew Hoo, 63, warga tempatan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 26 Julai lalu. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang lelaki gelandangan warga India dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan membunuh seorang wanita warga emas bulan lepas.
Di Mahkamah Majistret, P. Ponloganadhan, 60, didakwa membunuh wanita tempatan berusia 63 tahun itu di lorong belakang sebuah kedai di Jalan Damai 25/60 Taman Sri Muda, di sini, antara jam 1.12 pagi dan 2 pagi pada 26 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Di Mahkamah Sesyen, Ponloganadhan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita itu di tempat, tarikh dan masa sama dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Helina Sulaiman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Nov depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Uzair Abd Munir dan Ainul Amirah Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam Thiru Logeswary.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh warga emas
#warga emas
#rogol
#rogol warga emas
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Mahkamah Majistret
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan