awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Ketua IRGC Ali Shadmani dilapor meninggal dunia, Iran ikrar bertindak balas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lelaki warga Thailand didakwa edar kanabis di stesen kereta api

Bernama
Bernama
25/06/2025
09:06 MYT
Sponsor Banner
Lelaki warga Thailand didakwa edar kanabis di stesen kereta api
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 2,987 gram di Stesen Keretapi Bukit Ketri dekat Padang Besar pada 11 Jun lepas.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mahmud Chaidilok, 21, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa mengedar dadah di stesen keretapi berkenaan lebih kurang 9.40 malam di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan jika disabitkan kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dihukum mati.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, dalam mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan ke dalam badannya dadah berbahaya jenis methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada 4 pagi, 12 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama dengan penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nurshahida menetapkan 30 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan kimia dan patologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#edar dadah
#stesen kereta api
#polis
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami