Skip to main content

Hiburan

Henry Golding berkunjung ke Parlimen, bincang pembangunan komuniti Sarawak

Pelakon antarabangsa, Henry Golding mencuri perhatian ramai selepas dilihat mengadakan kunjungan ke Parlimen Malaysia bagi sesi perbincangan bersama pihak berkaitan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak. - Sumber foto Astro Gempak

KUALA LUMPUR: Pelakon antarabangsa, Henry Golding mencuri perhatian ramai selepas dilihat mengadakan kunjungan ke Parlimen Malaysia pada Isnin bagi sesi perbincangan bersama pihak berkaitan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Parlimen Malaysia, Henry hadir diiringi dan bertemu dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.

Advertisement

"YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara hari ini telah menerima kedatangan pelakon dan ikon antarabangsa yang juga merupakan anak Iban kelahiran Betong, Sarawak, Encik Henry Golding," tulisnya.

 Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak.

"Beberapa perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan ini, antaranya cadangan untuk diadakan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar di Sarawak.

"Dalam usaha menyuntik elemen merakyatkan Parlimen, Encik Henry Golding juga telah dibawa melawat ke dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat," kongsinya.

Kunjungan itu menarik perhatian ramai yang teruja melihat kehadiran ikon antarabangsa kelahiran Sarawak tersebut di Parlimen. -- Gempak

Must Watch Video