awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Thailand ditahan bersama 11.845 kg pil yaba

Bernama
Bernama
21/12/2023
10:34 MYT
Lelaki warga Thailand ditahan bersama 11.845 kg pil yaba
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (dua, kiri) bersama pegawai menunjukkan sebahagian dadah jenis pil Yaba yang dirampas semasa mengadakan sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki warga Thailand bersama 11.845 kilogram (kg) pil yaba bernilai RM651,475 di Jalan Kuala Krai-Tunjong, di sini malam tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada 11.45 malam.
Beliau berkata sebelum itu, lelaki berusia 36 tahun berkenaan bersama seorang rakannya berada dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di kawasan lapang berhadapan sebuah klinik haiwan di lokasi itu.
"Suspek telah keluar dari bahagian penumpang hadapan kereta dengan membawa satu beg berwarna hitam dan pasukan kami terus menghampiri kereta berkenaan dan membuat hadangan.
"Namun, pemandu Perodua Myvi itu bertindak merempuh kenderaan polis dan memecut melarikan diri ke arah Jalan Kuala Krai-Tunjong serta gagal dikesan," katanya pada sidang media di IPK Kelantan di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata pemeriksaan lanjut di dalam beg itu menemukan 100,000 bil pil yaba seberat 11.845 kg.
Beliau berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah kini direman hingga 27 Dis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Muhamad Zaki berkata seramai 626 individu di negeri itu ditahan berkaitan pelbagai kesalahan akta dadah sepanjang Ops Tapis dilaksanakan dalam tempoh 12 Dis lepas hingga semalam.
"Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 55 tahun terdiri daripada 606 warga tempatan dan 20 warga asing. Dalam operasi kali ini, polis berjaya merampas pelbagai dadah bernilai RM760,169," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand ditahan
#pil yaba
#Ketua Polis Kelantan
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan