awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Lebuhraya Malaysia perkenal Tuju, aplikasi alternatif Waze

Amanz
Amanz
28/11/2025
03:20 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia perkenal Tuju, aplikasi alternatif Waze
Tuju ialah aplikasi yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ia ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone buat masa ini, secara percuma. - Foto Amanz
PADA hari ini, antara aplikasi popular yang digunakan untuk navigasi pemanduan adalah Waze dan juga Google Maps.
Kini, turut memberikan lebih pilihan kepada para pengguna adalah aplikasi yang dibangunkan di Malaysia, iaitu Tuju.
Tuju merupakan aplikasi yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ia ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone buat masa ini, dan disediakan secara percuma.
Menggunakan Tuju, anda boleh menyertakan lokasi yang dituju, dan seterusnya ia akan menganggarkan masa perjalanan, kos tol yang terlibat, dan turut memudahkan pengguna untuk melihat informasi trafik semasa dan juga kamera litar langsung untuk setiap lebuh raya.
Pada masa yang sama, anda turut boleh menyemak kawasan Rehat & Rawat yang akan dilalui sepanjang perjalanan.
Pengguna juga turut boleh menghantar laporan berkaitan sebarang insiden sepanjang jalan menggunakan aplikasi ini, di samping disediakan pautan pantas ke perkhidmatan kecemasan ketika di lebuh raya.
Buat masa ini, daripada percubaan kami, boleh dikatakan aplikasi ini masih pada peringkat awal, dan sekiranya terus ditambah baik dari masa ke semasa, tidak mustahil menjadi salah satu aplikasi alternatif yang baik untuk Waze dan Google Maps.
Topic Berkaitan
#Tuju
#Google Maps
#waze
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan