awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Pengarah jumpa UiTM Holdings minggu ini

Bernama
Bernama
01/03/2023
07:32 MYT
Lembaga Pengarah jumpa UiTM Holdings minggu ini
Raduan berkata pertemuan itu bertujuan untuk berbincang serta mendapatkan gambaran sebenar berhubung laporan mengenai kerugian sebanyak RM157 juta. - Fail/BERNAMA
MACHANG: Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan pertemuan dengan UiTM Holdings Sdn Bhd iaitu syarikat pegangan pelaburan milik penuh universiti itu, minggu ini, kata Pengerusinya Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.
Beliau berkata pertemuan itu bertujuan untuk berbincang serta mendapatkan gambaran sebenar berhubung laporan mengenai kerugian sebanyak RM157 juta.
"Kita nak tahu gambaran sebenar daripada pihak UiTM Holdings, apa cerita sebenar, jadi saya akan bertemu dengan UiTM Holdings dalam minggu ini sebelum berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki untuk tindakan seterusnya.
"Kes yang melibatkan UiTM Holdings ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan kami menyerahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kemuncak Inovasi dan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan, di sini hari ini.
Justeru, Dr Raduan memohon orang ramai agar tidak memandang serong kepada UiTM susulan isu tersebut.
Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat dakwaan penyelewengan UiTM Holdings yang melibatkan dana dan beberapa pelaburan dibuat syarikat itu sehingga kerugian RM157 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Pengarah UiTM
#UiTM Holdings
#SPRM
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan