Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 September 2026.

  1. Muktamar Pas: "Jangan ada tangan ghaib gagalkan penyatuan ummah" - Nasrudin Tantawi

    Pas berharap tiada lagi “tangan-tangan ghaib” yang cuba menggagalkan agenda penyatuan ummah menerusi tindakan mencetuskan perselisihan.

  2. Banjir Nepal: 11 anggota SMART digerakkan, dijangka tumpu lokasi terakhir rakyat Malaysia

     Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) digerakkan ke Nepal bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana yang berlaku di negara itu.

  3. Muktamar Pas: "Judi bukan hak bukan Islam, tetapi virus masyarakat" - DHPP

    Perjudian tidak seharusnya dianggap sebagai hak masyarakat bukan Islam kerana kegiatan itu membawa kemudaratan kepada seluruh lapisan masyarakat.

  4. Banjir Nepal: Sampel DNA waris rakyat Malaysia hilang selesai diperoleh - Mohamad

    Sampel tersebut akan dihantar ke Nepal bagi membolehkan proses padanan DNA dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

  5. Muktamar Pas: Hadi Awang dakwa AS pernah tawar bantu jatuhkan UMNO

    Tawaran itu dibuat ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014 selepas beberapa pemimpin Pas dipelawa menghadiri pertemuan di Kedutaan AS.

  6. Mayat terakhir mangsa lemas Pantai Tanjung Lompat ditemukan

    Jasad mangsa, ditemukan orang awam berdekatan Tanjung Siang pada jarak 12 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

  7. Isu pencemaran perlu diambil kira dalam usaha cegah kanser - Sultan Nazrin

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegaskan terdapat keperluan mendesak untuk menangani isu pencemaran alam sekitar dan kaitannya dengan kadar penyakit kanser, sambil mengingatkan bahawa perkembangan industri tidak seharusnya mengatasi langkah perlindungan yang bertujuan menjaga kesihatan awam.

  8. Puspakom rancang beroperasi 24 jam mulai Januari tahun depan

    Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bercadang memanjangkan tempoh operasi sedia ada kepada 24 jam bermula Januari 2027 bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat pemeriksaan kenderaan dengan lebih selesa.

  9. Muktamar Pas: Zahid tidak hadir bukan petanda UMNO bergerak solo PRN Melaka

    Ketidakhadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 bukan petanda parti itu akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

  10. AMK betulkan Tuan Ibrahim, PKR masih miliki lebih banyak kerusi berbanding UMNO

    Angkatan Muda Keadilan (AMK) membetulkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki PKR berbanding UMNO.

 

Must Watch Video

Advertisement