awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembah Pantai Berselawat gerakkan perubahan dalam komuniti

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
23:00 MYT
Lembah Pantai Berselawat gerakkan perubahan dalam komuniti
Sidek semasa berucap pada program Lembah Pantai Berselawat pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia mengambil inisiatif menggerakkan program Lembah Pantai Berselawat untuk membuat perubahan dalam kalangan komuniti.
Presidennya, Sidek Ismail berkata, menerusi program itu, mesej disampaikan supaya penduduk bersatu padu dalam apa jua perkara atau cabaran yang dihadapi mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.
“Sambutan Maulidur Rasul ini untuk menjana perubahan dan membuka mata penduduk agar dapat melihat apa sebenarnya tuntutan baginda kepada kita (umat Islam) seterusnya menunjukkan Islam disebarkan bukan dengan mata pedang.
“Islam disebarkan dengan akhlak dan tersebar seluas-luasnya di seluruh dunia. Itulah perlu menjadi ikutan dan contoh kepada kita hari ini,” ujarnya.
Hadir sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; penceramah, Ustaz Auni Mohamed; qari dari Aceh, Indonesia, Ustaz Alaidin Zainun; kumpulan Nur Syahadah dan Naqib Masjid Ar Rahah, Ustaz Shafie Hidayat.
Walaupun cuaca hujan, namun program itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang.
Dalam pada itu, Auni berkata, al-Quran diturunkan supaya umat Islam mudah untuk mengetahui perkara asas berkaitan agama.
“Siapa lagi yang mampu memberikan perkara tepat mengenai Tuhan, kecuali Dia sendiri.
"Tanpa Dia memberitakan diri-Nya, manusia tidak akan kenal, tidak tahu dan tidak faham. Semua ada dalam al-Quran,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nabi Muhammad SAW
#Lembah Pantai Berselawat
#Maulidur Rasul
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan