awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu ditemui mati diracun di Machang

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
10/05/2023
02:15 MYT
Lembu ditemui mati diracun di Machang
Salah seekor daripada lembu yang mati dipercayai akibat diracun di Kampung Pangkal Mak Wan, Machang, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
MACHANG: Dua ekor lembu milik seorang penternak ditemui mati dipercayai akibat diracun di Kampung Pangkal Mak Wan, di sini, petang Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Supt Mohd Adli Mat Daud, penternak lembu menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.
"Pada Isnin, jam lebih kurang 5.30 petang, pengadu pergi ke tempat ternakan lembu miliknya di kampung tersebut, untuk menghalau lembu-lembunya masuk balik ke dalam kandang.
"Pada masa sama, dia mendapati dua ekor lembu miliknya dalam keadaan terbaring dan nazak, disyaki setelah memakan buah yang diletak racun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di sekitar kawasan berhampiran mendapati, terdapat separuh buah tembikai berada di atas tanah di kawasan kejadian.
Turut ditemui, biji-biji berwarna putih dalam buah tembikai tersebut, yang dipercayai baja, berkemungkinan menjadi penyebab kematian haiwan itu.
"Pihak polis menerima laporan berkaitan kes khianat terhadap haiwan ternakan itu semalam," katanya.
Mohd Adli berkata, pegawai veterinar telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil beberapa organ dalaman lembu terbabit sebagai sampel untuk dihantar ke jabatan kimia.
Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#lembu diracun
#penternak lembu
#machang
#baja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan