awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu import sempena Aidiladha dijamin selamat dan sihat - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
01/10/2014
12:25 MYT
Lembu import sempena Aidiladha dijamin selamat dan sihat - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Lembu diimport biasanya diperiksa tahap kesihatan terlebih dahulu sebelum dibawa masuk. -Gambar fail
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini memberi jaminan bekalan lembu hidup yang diimport sempena sambutan Aidiladha Ahad ini adalah sihat dan bersih daripada sebarang penyakit.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jaminan itu diberikan bagi mengelak pengguna berasa khuatir akan tahap kesihatan lembu import terutamanya berkaitan penyakit kuku dan mulut.
"Lembu-lembu yang diimport biasanya akan diperiksa tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibawa masuk dan kemudian akan dikuarantinkan selama 10 hari," katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Duta Brazil ke Malaysia Madam Maria Auxiliadora Figueiredo di pejabatnya di sini hari ini.
"Kita memang sentiasa pantau lembu-lembu yang dibawa masuk ke negara ini, dan kebanyakan lembu yang gagal dibawa masuk ke sini rata-ratanya kerana menghidap penyakit kuku dan mulut," katanya.
Katanya kementerian turut menempatkan sebanyak 361 pegawai bagi memantau tahap kesihatan dan proses sembelihan lembu-lembu import terbabit.
Separuh daripada 25,000 ekor lembu yang disediakan sebagai bekalan sempena Aidiladha pada tahun ini diimport dari Myanmar, Thailand dan Australia.
Sementara itu, kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dua hala bidang pertanian antara Malaysia dan Brazil adalah menggalakkan dengan kemungkinan untuk pertumbuhan dalam perdagangan pertanian yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan