awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak

Bernama
Bernama
22/02/2021
20:19 MYT
Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak
Geopark Kebangsaan pertama di Perak, Geopark Lembah Kinta, merupakan antara produk pelancongan yang unik dan mempunyai 18 geotapak dengan keluasan kira-kira 1.952 hektar merangkumi daerah Kinta dan Kampar. - Bernama
IPOH: Geopark Lenggong bakal diiktiraf sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan kedua di Perak pada Julai ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kementeriannya sedang menjalankan kajian akhir bagi melengkapkan dokumen untuk dibentangkan kepada Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dalam masa terdekat.
"Saya sudah mendapat persetujuan Menteri Besar dan beliau akan melakukan pecah tanah kepada pembangunan galeri Geopark Lenggong pada Mac ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Geotapak Gunung Lang di Geopark Lembah Kinta di sini pada Ahad.
Geopark Kebangsaan pertama di Perak, Geopark Lembah Kinta, merupakan antara produk pelancongan yang unik dan mempunyai 18 geotapak dengan keluasan kira-kira 1.952 hektar merangkumi daerah Kinta dan Kampar.
Shamsul Anuar berkata Geopark Lembah Kinta akan menjalani penilaian semula pada tahun ini setelah penilaian pertama dijalankan pada 2017, bagi mengekalkan kriteria-kriteria sebagai Geopark Kebangsaan.
Beliau berkata sesebuah geopark yang bertaraf kebangsaan atau global perlu menjalani prosedur penilaian semula pada setiap empat tahun.
"Antara kriteria-kriterianya termasuk pengekalan unsur-unsur pembangunan lestari dan mampu memberi manfaat khususnya dari segi penjanaan ekonomi komuniti setempat.
"Pematuhan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan adalah penting agar usaha-usaha kerajaan negeri dalam menambah baik potensi pelancongan dan perancangan pembinaan infrastruktur Geopark Kebangsaan Lembah Kinta ini dapat diteruskan," katanya.
Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus membantu kerajaan negeri dari sudut teknikal termasuk kajian bagi menambah maklumat mengenai sumber geotapak dan pembangunan geopark serta program kesedaran bersama masyarakat setempat supaya Geopark Lembah Kinta kekal sebagai Geopark Kebangsaan.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang berusaha memulihkan Geotapak Gua Matsoorat di sini untuk disenaraikan sebagai Geopark Lembah Kinta yang ke-19 memandangkan kawasannya mempunyai nilai dan ciri-ciri yang boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada geotapak di geopark itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Geopark Lenggong
#tapak geologi
#Geopark Kebangsaan
#Perak
#Shamsul Anuar Nasarah
#Gunung Lang
#lembah kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan