GADGETS
Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin

Lenovo memperkenalkan ThinkBook 3D Laptop Concept di MWC 2025, membolehkan paparan 3D dan kawalan tanpa sentuhan menggunakan Lenovo AI Ring. -Amanz
PADA acara MWC 2025, Lenovo memperlihatkan komputer riba konsep mereka yang dinamakan sebagai ThinkBook 3D Laptop Concept.
Ringkasan AI
- Lenovo memperkenalkan ThinkBook 3D Laptop Concept di MWC 2025, membolehkan paparan 3D dan kawalan tanpa sentuhan menggunakan Lenovo AI Ring.
- Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
- Spesifikasi penuh belum dikongsikan, tetapi kawalan menggunakan cincin pintar membuka kaedah interaksi baru seperti dalam filem "Minority Report".
Cincin khusus juga membolehkan pengguna memanipulasi dan mengawal pelbagai rekaan dengan mudah, tanpa perlu menyentuh skrin dan menggunakan gestur sepenuhnya.
Buat masa ini, spesifikasi penuh dan sebagainya masih tidak dikongsikan lagi.
Namun, dengan pengenalan kaedah kawalan dengan penggunaan cincin pintar ini, ia sekali gus membuka kepada kaedah interaksi seumpama dalam filem “Minority Report”.
Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya untuk teknologi ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami