awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump ulangi desakan agar Pengerusi Fed Jerome Powell letak jawatan segera
MALAYSIA
Kilang kitar semula terbakar di Semenyih
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Ketua Turus Tentera Iran beri amaran kepada Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

"Lepas ini, tiada lagi baju batik saya yang jadi asas kuih-muih" - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/06/2020
06:47 MYT
"Lepas ini, tiada lagi baju batik saya yang jadi asas kuih-muih" - Ismail Sabri
Selepas ini, tidak ada lagi baju batik berwarna-warna yang menjadi asas kepada kuih muih dan minuman, seloroh Ismail Sabri. - Foto BERNAMA
Sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan tiga kali seminggu bermula minggu hadapan.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang media tersebut hanya akan diadakan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
“Ingin saya maklumkan bahawa hari ini hari terakhir saya bersiaran langsung setiap hari dan hari ini adalah hari terakhir bersiaran pada hujung minggu.
“Mulai minggu depan, sidang akhbar akan dibuat tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja,” katanya.
Beliau sempat berseloroh kepada wartawan dan para penonton berkenaan baju batik yang sering dipakainya setiap hujung minggu.
“Mungkin selepas ini, tidak ada lagi baju batik berwarna-warna yang menjadi asas kepada kuih muih dan minuman tuan puan sekalian,” ujarnya.
Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak dalam memerangi COVID-19 terutama petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengira rasa penat dan lelah.
Tidak ketinggalan, pengamal media yang komited tanpa jemu dan berdedikasi menyampaikan laporan yang tepat kepada rakyat setiap hari sejak tiga bulan lalu.
“Kepada semua rakyat Malaysia yang mematuhi perturan dan SOP yang ditetapkan setiap masa, terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dan sokongan,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami