NATIONAL
Lepasan SPM didakwa rogol rakan dalam stor sekolah
KOTA BHARU: Seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baharu sahaja menerima tawaran menyambung pengajian ke program matrikulasi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol rakan sekolahnya dalam sebuah stor pada April tahun lalu.
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol rakan sekolahnya berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah stor sekolah di Kuala Krai pada April 2024.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan prosiding akan dipertimbangkan di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dia masih di bawah umur ketika kejadian.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa dan saksi, serta menetapkan 26 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes; mangsa dilaporkan telah melahirkan bayi pada Januari lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, kerana tertuduh masih di bawah umur ketika kejadian, prosiding dan hukuman bakal dipertimbangkan mengikut Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak 2001.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Norfarhan Liyana Wan Baharuddin.
Dalam prosiding itu, peguam bela memohon agar jaminan tidak melebihi RM3,000 dikenakan, mengambil kira latar belakang keluarga tertuduh yang terdiri daripada ibu bapa bekerja sebagai buruh kilang dan ladang.
Selainnya, faktor usia remaja berkenaan dan tawaran menyambung pengajian ke matrikulasi yang perlu mendaftar pada 23 Jun ini.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat agar tidak mengganggu mangsa serta saksi kes.
Kes akan disebut semula pada 26 Jun ini.
Difahamkan gadis berkenaan baru sahaja melahirkan bayi di sebuah hospital Januari lalu. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami