MELAKA: Trend kira-kira 300,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian dijangka memberi kesan kepada sumber manusia negara khususnya terhadap usaha mencapai 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi menjelang 2030.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata kebanyakan lepasan SPM berkenaan lebih berminat untuk bekerja dalam sektor ekonomi gig atau e-hailing selain sektor pengilangan.
"Trend ini amat membimbangkan dan ia dijangka memberi kesan kepada sumber manusia negara pada masa depan. Sekarang ini, kita hanya berjaya mencapai sasaran sekitar 28 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.
"Kita bimbang tidak mampu menjadi sebuah negara maju pada masa akan datang dengan jumlah tenaga mahir yang tidak mencukupi," katanya pada sidang akhbar selepas Program Simposium Keharmonian Perusahaan Zon Selatan Tahun 2023 di sini semalam.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan sekitar 300,000 pelajar lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran setiap tahun dan berkemungkinan memilih bekerja dalam sektor kilang atau e-hailing.
Mustapha berkata pelajar lepasan SPM digalakkan untuk bekerja sambil belajar terutama melibatkan kursus jangka pendek bagi memastikan mereka memperoleh sekurang-kurangnya sijil kemahiran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk masa depan lebih terjamin.
Sehubungan itu, menurutnya kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Manusia giat mempromosikan TEVT dalam kalangan pelajar sekolah bagi menarik minat mereka menyambung pelajaran dalam bidang berkenaan.
Katanya kerajaan juga sedang mengkaji gaji progresif yang digunakan di kebanyakan negara termasuk Singapura dalam usaha meningkatkan produktiviti pekerja selain mengekang tenaga kerja negara berhijrah ke luar negara.
Dalam perkembangan lain, Mustapha berkata sebanyak 2,182 kes atau 67 peratus daripada keseluruhan 3,260 kes reperesentasi pemulihan kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) yang melibatkan penamatan perkhidmatan, berjaya diselesaikan di peringkat jabatan pada tahun ini.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 57 peratus atau 1,249 kes berjaya diselesaikan melalui rundingan damai dengan nilai pampasan atau ex gratia sebanyak RM24.9 juta, manakala dalam tempoh 2021 hingga 2023 jabatan berjaya menyelesaikan kes melalui bayaran pampasan atau ex gratia sebanyak RM90.4juta kepada 3,689 orang pekerja.
"Dalam tempoh berkenaan juga, bagi zon selatan pampasan atau ex gratia sebanyak RM13.5 juta dibayar kepada 1,505 orang pekerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Mustapha pada sidang media selepas merasmikan Program Simposium Keharmonian Perusahaan Zon Selatan Tahun 2023 di Melaka, 20 Julai 2023. -- fotoBERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.
Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).