awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen pembungkus minyak masak bersubsidi bermasalah akan ditarik balik

Bernama
Bernama
10/11/2016
23:30 MYT
Lesen pembungkus minyak masak bersubsidi bermasalah akan ditarik balik
K.Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Jamil Salleh (kanan) memeriksa minyak masak ketika menjalankan Operasi Khas Coss (Skim Penstabilan Minyak Masak) di sebuah kilang pada 4 Nov lalu. - Foto Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membatalkan lesen pembungkus minyak masak bersubsidi yang gagal membekalkannya di pasaran, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh pada Khamis.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan dan pemeriksaan di kilang-kilang penapisan minyak sawit, bekalan sepatutnya mencukupi.
Sebaliknya, kata beliau, pengilang-pengilang memaklumkan bahawa segelintir pembungkus minyak masak bersubsidi tidak mendapatkan bekalan daripada pengilang dipercayai berkaitan masalah aliran tunai.
"KPDNKK akan memantau kilang-kilang pembungkus ini secara menyeluruh di seluruh negara.
"Kalau mereka tidak mampu menyelesaikan masalah ini dalam tempoh seminggu, kita akan menarik lesen mereka dan melantik pembungkus yang layak," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di sebuah kilang penapisan minyak sawit di sini pada Khamis.
Jamil berkata KPDNKK akan melakukan proses pemutihan terhadap pembungkus minyak masak untuk memastikan hanya mereka yang mampu dan layak sahaja membekalkan minyak masak bersubsidi.
Kini, terdapat 252 pembungkus minyak masak dan 25 pengilang di seluruh negara. Sebanyak 50,000 tan metrik minyak masak dikeluarkan sebulan.
Sementara itu, Jamil berkata KPDNKK telah memeriksa 28,963 premis di seluruh negara sejak 21 Okt sehingga semalam dan mengambil tindakan ke atas 34 kes berikutan kesalahan berkaitan menyorok minyak masak.
Beliau berkata bekalan minyak masak sudah 70 peratus pulih dan ia dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
"KPDNKK bekerja keras dengan melancarkan pemeriksaan menyeluruh di seluruh negara bagi memburu pihak yang tidak bertanggungjawab terlibat dalam aktiviti penyorokan sehingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jamil Salleh
#KPDNKK
#minyak masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan