awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen syarikat bas pekerja terbabit kemalangan di Sepang digantung - APAD

Bernama
Bernama
19/04/2019
13:14 MYT
Lesen syarikat bas pekerja terbabit kemalangan di Sepang digantung - APAD
Dalam kejadian pada 7 April lalu, 12 maut apabila bas pekerja terjunam ke dalam longkang besar sedalam empat meter berhampiran Kompleks MASkargo. - Gambar fail
Lesen pengendali dan kesemua lesen kenderaan syarikat bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 12 nyawa berhampiran Kompleks MASkargo di Sepang pada 7 April lepas, digantung tujuh hari bermula hari ini.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini berkata tempoh penggantungan itu juga akan dilanjutkan sehingga syarikat itu, CJ Global Travel and Tours Sdn Bhd, mematuhi keperluan Kod Amalan Industri-Keselamatan (ICOP-Keselamatan) sepenuhnya.
Katanya penggantungan itu dibuat susulan audit ICOP dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada 9 April lepas mendapati pihak syarikat berkenaan gagal mematuhi keperluan tersebut.
"Ini adalah pelanggaran syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 22 dan Seksyen 41, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.
APAD berkata keselamatan penumpang merupakan keutamaan terpenting dan semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.
"APAD tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan. Pengendali yang gagal mematuhi keperluan ICOP Keselamatan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang termasuk membatalkan lesen pengendali dan permit pengendali," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam Ahad itu, seorang pemandu bas warga tempatan dan lapan pekerja warga asing maut di tempat kejadian apabila bas yang membawa 44 orang termasuk pemandu terjunam ke dalam longkang besar sedalam empat meter berhampiran Kompleks MASkargo.
BACA: Bas pekerja malang yang ragut 12 nyawa di Sepang dikatakan sedang berlumba - Polis
Dua lagi pekerja warga asing meninggal dunia di Hospital Putrajaya dan seorang lagi di Hospital Serdang.
Pekerja-pekerja yang terlibat dalam kemalangan itu bernaung di bawah syarikat pembekal tenaga kerja, Mutiara Kayamas Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#audit
#bas pekerja
#digantung
#ICOP
#JPJ
#kemalangan
#keselamatan
#lesen
#MASkargo
#maut
#meninggal dunia
#MIROS
#pelanggaran syarat
#permit
#polis
#Putrajaya
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan