awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom di Gurun: Anggota tentera disyaki jual tembaga daripada mortar

Bernama
Bernama
09/01/2015
07:44 MYT
Letupan bom di Gurun: Anggota tentera disyaki jual tembaga daripada mortar
Siasatan awal mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya.
Siasatan awal polis mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa dalam letupan bom di Kedah pada 24 Dis lepas, mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya, dan dijual kepada peniaga bahan lusuh.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata anggota tentera itu, Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun, menjual bahan logam itu untuk mencari pendapatan sampingan.
"Kami dapati beliau ambil bom itu di lapang sasar setelah ia tidak meletup dan bawa ke rumah untuk dipisahkan bagi mendapatkan tembaga dan dijualnya kepada kedai bahan lusuh sebagai pendapatan sampingan beliau.
"Pengambilan bom itu tidak digunakan bagi tujuan jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian letupan itu, Ayob, anaknya, Hidayah, 8, dan anak jiran mereka, Afiq Luqman Shahrizal, 4, maut apabila beberapa bom mortar meletup di rumah Ayob di Taman Ria Mesra, Gurun.
Kuasa letupan itu juga menyebabkan 40 buah rumah rosak di sekitarnya.
Noor Rashid menegaskan bahawa prosedur kawalan keselamatan terhadap persenjataan di kem tentera tempat Ayob bertugas telah dilaksanakan dengan betul.
"Tetapi elemen anggota tentera itu yang mempunyai kebenaran memasuki lapang sasar menyebabkan insiden letupan itu berlaku," katanya.
Beliau berkata laporan siasatan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.
Topic Berkaitan
#bahan lusuh
#bom
#Gurun
#mortar
#Noor Rashid Ibrahim
#tembaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan